KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

FAQ

1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tidak. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.

 

2. Apakah jenis aduan yang diproses oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)?

  • Kelewatan / tiada tindakan;
  • Keputusan / tindakan tidak adil;
  • Kekurangan kemudahan awam;
  • Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
  • Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
  • Salah laku anggota awam;
  • Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
  • Kegagalan penguatkuasaan; dan
  • Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

 

3. Bagaimana saya hendak memajukan aduan?

Sebarang aduan berhubung kementerian boleh dimajukan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (PETRA).

 

4. Berapa lama PETRA melaksanakan proses siasatan terhadap aduan?

Di bawah Prosedur Operasi Standard PETRA, tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes dikategorikan sebagai Biasa atau Kompleks. Tempoh penyelesaian aduan biasa adalah dalam tempoh 15 hari bekerja manakala tempoh penyelesaian bagi aduan kompleks adalah dari 16 hingga 365 hari.

 

5. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?

Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklumbalas menggunakan nombor rujukan/ kes yang telah didaftar dalam sistem.
 

6. Berapa lama pertanyaan awam akan dijawab?

Pertanyaan awam (public enquiries) perlu dijawab dalam tempoh 15 hari bekerja.

 
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader